Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada CIKGU MARZHUKI (Guru Penasiha PKP SEK.MEN.KEB. VALDOR)
kerana sudi menyumbangkan maklumat berharga berikut dan POLIS DIRAJA MALAYSIA.
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
1. PENDAHULUAN
(a) Bahagian
XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis di mana-mana
sahaja di dalam
Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri;
(b)
Pasukan Kadet Polis adalah:-
(i) Pegawai Kanan PKP
(ii) Pegawai Pangkat Rendah
(iii) Kadet
(c) Penubuhan Kadet Polis adalah di sekolah-sekolah Menengah yang terbahagi
kepada dua cawangan:
(i) PKP Wanita
(ii) PKP Lelaki
(d) Ahli-ahli PKP (Kadet dan Pegawai Rendah Kadet) akan dipilih dari murid-murid
sekolah menengah yang telah
dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru
sekolah tersebut dan
Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
(e) Pasukan Kadet Polis adalah bergabung dengan Polis Diraja Malaysia tetapi
ahli-ahlinya bukan Pegawai Polis
mengikut takrif yang terkandung dalam Akta Polis 1967.
2. TUJUAN DITUBUHKAN
(a) Peranan
Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah
yang akan membentuk tulang belakang
dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun
perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan
bertanggungjawab.
(b) Sebagai
Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
(i) Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial,
emosi, moral, mental dan fizikal;
(ii) Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan
murid-murid sekolah; dan
(iii) Memperkayakan masa lapang murid-murid
(c)
Sebagai satu strategi 'Perhubungan Polis-Masyarakat'
3. MATLAMAT
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:-
(a)
Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
(b)
Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
(c)
Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
(d)
Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara,
khususnya dalam hal-hal
keselamatan
(e)
Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara
Polis dengan orang awam
(f)
Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
(g)
Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
Allahyarham Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato'
Mahamad Salleh bin Ismail telah mengatakan semasa merasmikan
PELANCARAN Pasukan Kadet Polis pada 2hb Mac 1970.
"The
overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future.
He must yield a strong and
healthy
influence among his colleagues, friends and family so that in the years
ahead, there will he a new
breed,
of enlightened good citizens contributing to nation building."
4. KEAHLIAN
Keahlian
pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang
berumur antara 14 tahun hingga
21 tahun.
Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi
ahli pertubuhan ini. Mereka
yang terpilih
akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut
ukuran mereka. Selain
daripada
itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.
5. SYARAT KEAHLIAN
(a)
Penuntut dari sebuah sekolah menengah berumur tidak kurang dari 14 tahun
dan tidak lebih dari 21 tahun.
(b)
Guru yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari50 tahun
dan telah diluluskan oleh YB Ketua Polis
Negara dengan persetujuan YB Menteri.
(c)
Penuntut yang tidak menjadi ahli Pertubuhan-Pertubuhan lain yang berpakaian
seragam seperti Pengakap, SJAM,
BSMM dan lain-lain.
(d)
Semua ahli mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 135cm (4'6") bagi
lelaki dan 128cm (4'3") bagi
perempuan.
6. LATIHAN
Ketua Polis
Daerah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan dan mengadakan
perkara berikut:-
(a)
Kawad -- semua jenis
(b)
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
(c)
Pertolongan Cemas
(d)
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan
cara mengelakan diri dari dipengaruh
olehnya
(e)
Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
(f)
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
7. ORGANISASI
Rangka Pertubuhan
Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa.
Pasukan
Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Pelatun.
Setiap pelatun
itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja
-- yang anggotanya semua lelaki
atau semua
perempuan.
Satu Kompeni
adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni
berpangkat Penolong
Penguasa
Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan
Sekolah. Komander Kompeni
adalah dibantu
oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua
Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat
Kompeni terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada.
Satu pelatun
adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang
sarjan dan tiga orang kopral.
Pegawai
Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut
sekolah.
Diharapkan para pelawat dapat memperoleh manfaat dan sebagai panduan untuk menyertai PKP.
PLEASE SUBMIT ANY QUESTION OR INFORMATION ABOUT
PKP TO ME.
AYEWLEE@PD.JARING.MY
KUNJUNGILAH LAMAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA